Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 22, 2008

tegur vs ngumpat...

Assalamualaikum…kali ni saya mau kupas sket mengenai isu agak hangat di kalangan kita. Ada satu ketika kita tidak tahu bagaimana mahu menegur rakan kita tol tak, membuatkan kita terdesak sehingga terngumpat mengenai perihal buruk rakan itu kepada orang lain. Tanpa kita sedari, kita telah memberi pahala kat rakan yang diumpat tu.

Tegur dah banyak kali tapi takda kesan pon
Ada sesetengah orang ni dah banyak kali ditegur, tapi takda efek gak. Awat jadi camtu? Adakah pasal dia memang jenis kepala batu, ataupun cara kita yang salah? Memula kita muhasabah balik diri kita ni, sebelum kita menghukum orang lain. Jangan mudah menghukum orang lain pasal kita sendiri pun ada gak salah. Takda manusia yang sempurna sekarang ni. Biasalah bila banyak ilmu, rasa berkobar-kobar je mahu tegur orang pasal kita dah ada hujah bernas betul tak. Kita dah standby je dalil-dalil yang boleh menyangkal alasan rakan kita tu tadi. Tanpa kita sedari, kita terlupa bahawa diri kita pun ada salah, kita pun tak sempurna. Ni la fenomena biasa terjadi bila ilmu penuh di dada, kita rasa gah dek kerana ilmu, tanpa kita sedari kita telah memandang rendah orang lain. Ingatlah, kita pun tetap hambaNya yang hina dina gak, takda ‘level’ yang memisahkan kita dengan rakan kita tu. Kita semua sama di sisiNya, hanya amalan yang membezakan. Mungkin rakan kita tu boleh ditegur, tapi kerana kesalahan kita yang sedikit, menyebabkan rakan kita tidak ‘lut’ dengan teguran kita, sapa tau. Mungkin juga sebab lain yang menyebabkan rakan kita tidak ‘lut’ dengan teguran, jadi bersabarlah. Wallahua’lam..

Adabs
Dalam menegur, kena gak ada adab-adab dia, jangan sebarang ja tegur. Memula sebelum tegur, kena dulu rapat dengan rakan tu. Rapat dalam konteks tegur ni ialah betul2 rapat, kita tau masalah dia dan cuba memahami situasi dia. Kaji betul2 apsal dia buat mende ‘jahat’ tu. Bila dah rapat, kena pula tegur dengan beradab. Jangan tegur sebarangan hingga menjatuhkan air muka rakan kita tu. Adab menegur pun dah diajar Rasulullah s.a.w. Kita sebagai daie, kita bertindak menyampaikan. Dalam menegur, kita bukan bertindak sebagai penghukum, tetapi menyampaikan apa yang betul. Silap tegur, lagi teruk jadinya. Sebagai penyampai ni kena gak belajar adab-adab menegur, jangan sebarang tegur. Kerana lidah badan binasa. Salah tegur, ukhwah rosak.

Bersabarlah dalam menegur, lain orang lain perubahannya
Sebagai pendakwah, kita hendaklah sentiasa sabar dalam menyampaikan Islam. Kita hendaklah berusaha yang terbaik, jika tidak berkesan mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Seperti yang dikatakan tadi, takda manusia yang sempurna, kita tiada hak menghukum sebarangan orang tu salah ke tak. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, hanya Dia yang mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Dalam berdakwah, hendaklah di antara pertengahan, di antara Futur dan Isti’jal. Futur ialah langsung berhenti terus dalam gerakkerja dakwah, Isti’jal pula terburu-buru yang membinasakan. Kerana terburu-buru, kejayaan tak dapat sebaliknya mudarat yang makin banyak. Kita hendaklah sentiasa berusaha, tidak berhenti terus, juga tidak terburu-buru mahukan kesan teguran itu.

Optimislah
Kita dah berbuih mulut sampai buntu akal taktau camna dah nak tegur rakan kita tu. Semua usaha kita tak membuahkan hasil. Cop ! Pasti ke tak membuahkan hasil langsung? Kita jangan pandang satu perubahan je. Mungkin rakan kita tu tak berubah apa yang kita mahukan, tetapi dia telah berubah dari aspek lain. Jangan kecilkan skop perubahan tu pada yang kita nak sahaja, mungkin dia juga telah berubah, cuma kita yang tak perasan. Kita mahukan dia berubah aspek A, namun dia berubah aspek H, sapa tau. Memanglah jauh dari A sampai H tu, sampai kita tak nampak, tapi rakan kita tu berubah jugak kan. Kita kena kaji betul2 dan optimis sentiasa dalam menegur orang ni. Kita mahu dia berubah aspek lain, aspek lain pula yang dia berubah. Tu pasal kita jangan mudah menghukum orang lain kerana kita tidak tahu segala-galanya. Takut silap haribulan kita asyik menghukum je rakan kita tu, last2 aspek A tak dapat, aspek H pun dia pun makin teruk ja lagi.

Tenang jah walau ditikam bertubi-tubi
Pendakwah juga tidak sempurna, juga memerlukan teguran untuk berubah bersama-sama. Tapi jangan kita menikam belakang kerana gejala tidak sihat ini akan memudaratkan je lagi, dan mungkin memerlukan masa bertahun untuk pulih. Sebagai pendakwah, kena sentiasa tenang, jangan mudah melatah dengan masalah yang kecil. Memang tidak ramai yang memahami kita ni siapa, tapi kita sebagai pendakwah kena memahami orang lain. Jangan mengharapkan orang memahami kita, sebaliknya cuba memahami orang lain sebaik mungkin. Allah s.w.t. sudah cukup untuk memahami kita. Erti hidup pada memberi, kita berikan segala-galanya yang kita ada kepada sesiapa sahaja, jangan mengharapkan apa yang orang beri kepada kita…Lastly, semua tu mungkin juga ujian kepada kita dalam menegur kerana diuji kesabaran kita untuk melihatkan hasil. Selagi ada kasihNya kepada kita, selagi itulah kita diuji dariNya. Jangan mengomel kerana diuji sebaliknya bersyukur kerana kita terpilih untuk diuji. Kita tidak dibiarkan hanyut terus dibawa arus dunia. Masih ada ‘concern’ dariNya kerana masih sudi menguji kita yang hina ni…Wassalam...


Barakallahufikh... =)

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers